Terdapat beberapa fakta untuk pembahagian.
Fakta 1) Sesuatu nombor boleh dibahagi tepat dengan 10 jika akhir nombor tersebut ialah 0.
Fakta 2) Sesuatu nombor boleh dibahagi tepat dengan 5 jika akhir nombor tersebut ialah 5 atau 0.
Fakta 3) Sesuatu nombor boleh dibahagi tepat dengan 2 jika akhir nombor tersebut ialah 2, 4, 6 atau 8.
Fakta 4) Sesuatu nombor boleh dibahagi tepat dengan 3 jika hasil tambah digit-digitnya boleh dibahagi
tepat dengan 3 (contoh: 27 boleh dibahagi tepat dengan 3 kerana 2 + 7 = 9 dan 9 boleh
dibahagikan dengan 3).
Fakta 5) Sesuatu nombor boleh dibahagi tepat dengan 9 jika hasil tambah digit-digitnya menghasilkan 9
(contoh: 45 boleh dibahagi dengan 9 kerana 4 + 5 = 9). Fakta ini boleh diaplikasi sehingga
9 x 10 sahaja.
No comments:
Post a Comment